Negara yang penuh dan sesak dengan motorsikal. Kereta ada jugak tetapi tak banyak kelihatan. Orang-orang Vietnam suka tekan 'horn' semasa diorang memandu motorsikal dan kereta. Tak tau kenapa, tapi mungkin kerana untuk menyedarkan pemandu kenderaan yang lain yang mereka juga turut serta hadir dalam mana-mana kesesakan lalulintas dan mungkin juga disebabkan ketiadaan traffic light di sesetengah junction. Kos sara hidup di Vietnam jauh lebih murah kalau dibandingkan dengan Korea. Sepinggan nasi bersama lauk di sini hanya menelan belanja $2 sahaja.
Nha trang Beach... Nha trang merupakan salah satu tempat paling menarik di Vietnam dan menjadi tempat tumpuan pelancong asing. Pantai kat sini cantik dan sesuai untuk dijadikan tempat bersantai ataupun bermandi-manda bersama rakan-rakan dan juga keluarga. Banyak hotel dan motel boleh dijumpai di kawasan ini dengan harga yang murah. Selain itu, restoran-restoran di sini menyediakan pelbagai jenis masakan, tidak kira tradisional, barat mahupun makanan laut yang sungguh lazat.
Four Island Tour Package
p.s : gambar tasik ini diambil ketika berada dalam train dari ho chi minh menuju ke hanoi yang menelan masa 42 jam.