Seperti tahun-tahun sebelum ni PPMK sekali lagi telah berjaya menganjurkan Hari Muhibah yang bertemakan 'Nerd & Ugly' dengan penuh jayanya..Congratzz to ahli majlis tertinggi PPMK serta mana-mana pihak yang terlibat tidak lupa juga kepada ahli-ahli PPMK sendiri kerana meluangkan masa untuk menghadiri majlis ini..Majlis ini berobjektif untuk mengeratkan lagi ikatan silatulrahim antara ahli-ahli PPMK dari seluruh pelusuk negara negara Korea yang terdiri daripada pelbagai kaum..dengan kehadiran 'junior' baru pada akhir januari baru-baru ini dan beberapa acara baru seperti 'The Geekster Award', 'Photography & Artworks Contest', 'Make Over', dan lain-lain lagi kemeriahan Hari Muhibah kali ini tiada kurangnya kalau nak dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya..selain daripada itu ahli-ahli PPMK yang mengenakan pakaian mereka sesuai dengan tema juga turut menyemarakkan suasana majlis ini menjadi lebih menarik...
p.s: untuk event kali ini aku tak 'shoot' banyak sangat gambar disebabkan takda lens yang best!!..aku cuma bawak 50mm yang kecik tu je dan hanya sesuai untuk gambar potrait 'close-up' je..segan giler nak ambik gambar pakai lens ni sebab orang lain pakai lens berdepa-depa panjang..so kalau ade yang terasa hati sebab takda gambar harap paham2la..huhuhu